Assalamualaikum
Kalau korang nak tau, Burger Bakar Abang Burn (BBAB) ada menu baru. Dengar cerita, from time to time dorang akan launch menu baru supaya korang tak bosan makan menu yang sama. Ha jadi kali ni, bersempena dengan bulan ramadhan, satu burger baru yang dinamakan burger AL LAZAT telah dilancarkan.
Dirasmikan oleh orang kuat BBAB!
Adakah burger Al Lazat itu selazat namanya? Sebab aku curious nak tahu, jadi aku pon datanglah ke hari pelancaran burger tersebut yang terletak di cawangan BBAB Bandar Tasik Permaisuri. Konon nak merasa la kan..Ingatkan tak ramai orang..sekali..
Melampaunye pun adui terber..habibahhabibui
Amek kau..meleleh! Bila makan, memang sedap gila.. Hoi aku serious tahu. Antara semua burger yang aku pernah makan di BBAB, burger Al Lazat ni paling sedap. Burger Al Lazat ni tak pakai ‘patty’ tapi pakai ayam percik. Tapi bukanlah ayam percik macam kat pasar malam tu uolls.
Rasa dia macam McChicken, tapi beribu kali lagi sedap sebab juicy! Pastu ada cheese, mayonese dan sos apebenda ntah sedap gila. Yang aku paling suka pasal burger ni adalah ianya bersize normal, bukan seperti burger BBAB lain.Takdele melimpah ruah jejak ke lantai. Haruslah uolls, iolls kan perempuan, gelojoh sangat tau kalau makan burger bertingkat-tingkat tu..cecomot liptik iolls :p
Burger Al Lazat ni adalah special edition sebab ia hanya akan dijual ketika bulan RAMADHAN sahaja. Kiranya setahun sekali je la korang dapat rasa. Jadi lepas solat terawikh tu boleh le singgah ke Abang Burn gettu.
Apa kata juri awam Fatin Suhana, Yuyu Zulaikha dan CikEpal ? Laju gila kitorang berempat makan..sampai terkeluar rambut dari shawl wakakaka
Nah tengoklah video tentang cara penyediakan burger Al-Lazat ni!! Jangan bukak pose sudehh
Kalau korang teringin nak rasa burger Al Lazat yang maha lazat ni, jemputlah datang ke 18 jajahan BBAB di seluruh semenanjung Malaysia. Selain itu, aku dipahamkan yang BBAB akan bukak sebuah cawangan baru di Lembah Klang. Menariknya, kesemua KEUNTUNGAN BULANAN cawangan ini akan didermakan kepada anak yatim dan fakir miskin yang tidak mendapat bantuan mainstream.
Aku kagum sangat dengan businessman kaya-kaya tapi tak putus-putus menderma dan membantu golongan yang tak bernasib baik. Patutlah business dorang semakin maju.Pegang kata-kata ini. The more you give, the more you get. Kayanya seseorang itu terletak kepada berapa banyaknya dia memberi, bukan berapa banyaknya dia terima.
You can also be part of the good deeds! Dengan membeli burger Al Lazat sahaja, anda sebenarnya telah membantu menyumbang dana untuk penubuhan cawangan Lembah Klang tersebut. Sebabnya, separuh daripada hasil penjualan Al Lazat akan digunakan untuk membuka cawangan Lembah Klang. Lagi banyak anda membeli, lagi cepat penubuhan cawangan tersebut dan lagi cepatlah anak-anak yatim itu menerima sumbangan =)
Jadi tunggu apa lagi, sila try Al Lazat yang sememangnya lazat gilos =) Shawl dari Aisu Suri.
Salam Ramadhan dan selamat beramal!
Ikuti FB BBAB untuk info lebih lanjut.
Thank you for reading this entry !