TDL Koleksi Tudung & Shawl Online Terkini


Assalamualaikum

Ah macam biasalah, nak dekat raya ni, takdelah nak cerita pasal benda lain ye tak? Orang pompuan memang la gini hihi. Tapi orang laki jangan nak kutuk sangatlah yeee. Kalau takde orang pompuan, hambar okayh raya uolls. Gitu kan…sep sikit ahkak-ahkak sekalian.

Hari tu dah cerita pasal baju raya, kali ni aku nak cerita pasal tudung raya pulak. Aku ni pepoyo je padahal nanti Syria rm10 tu jugak yang dicapai. Yelah kalau dah sampai sideburn semua terkeluar-keluar, pin bawah dagu berpusing ke pipi, ko dah kenapa kan :p




Cantik sangat shawl ADREENA dari TerbaikDariLadangni kan. Cakap ye cepat!

Masa memula dengar nama blogshop ni, aku rasa macam hoi sempoi gile nama. Biasanya, kedai jual tudung ni kan kalau tak nama arab, mestilah dorang letak nama yang feminine gitu. Apapon tudung TDL memang sempoi dan terbaik dari ladang.

Cemana aku tau shawl dorang memang terbaik dari ladang?

Of course iolls pon pakai okay shawl ADREENA ni. Senang gile nak bentuk, tak keluaq pon sideburn!! Cayalah beb! Warna pon memang comel comel macam lollipop.

Shawl ADREENA ni sebenarnya adalah koleksi Aidilfitri. Materialnya daripada chiffon silk. Senang sangat nak bentuk, tak bergerak dan tak panas (100% yakin!) Harga cuma RM69. Ada pelbagai warna yang maha cantik untuk dipilih !

Sebelum korang tanya camne nak pakai shawl ni, meh aku bagi video tutorial yang telah disediakan khas oleh TDL. (thanks TDL senang kerja iolls ihiks)


Click HERE to watch

Ha sekarang ni pulak, TDL tengah buat contest sempena Aidilfitri. Hadiahnya berupa Ipad Mini dan Ipod. Omg Ifags kena masuk ok contest ini ! Jangan lepaskan peluang, mana tau boleh menang kan ;) boeh buat muzium koleksi Apple kat ghumah hihi.

Eh sama pulak tudung kita kan hihihih. Nak tau lebih lanjut, pergi FB TDL tau!


Kalau ada yang berminat nak berboria bersama aku dan model diatas, senang cerita korang boleh terus beli shawl ADREENA dari website TDL. Free postage dan jaminan wang dikembalikan ok kalau tak puas hati dengan produk yang korang beli. Dah pergi cepat usha website dorang dan cari tudung yang matching dengan baju raya uolls ok! Yakini TDL, Koleksi Tudung & Shawl Online Terkini ;)

Instagram @tdlnetwork


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri